
"ampunkan sahaja & jangan tag saya lagi"- tunku abdul rahman beri amaran kepada netizen
Play all audios:

Masih kecoh dengan isu posting viral yang berbaur penghinaan kepada Sultan Johor. Tunku Panglima Johor (TPJ), Tunku Abdul Rahman ambil pendekatan positif dan menasihati rakyat Johor untuk
memaafkan individu yang diperkatakan. TIDAK MAHU RAKYAT MENGAPI-APIKAN ISU Berikutan posting viral yang tular di media sosial tersebut, TPJ memberi nasihat kepada rakyat agar tidak
mengeruhkan lagi situasi dengan mengapi-apikan isu tersebut di media sosial. ‘AMPUNKAN SAHAJA’ – TUNKU ABDUL RAHMAN Menerusi hantaran di Instagram Story Tunku Abdul Rahman, beliau memahami
perasaan rakyat Johor yang sayangkan negeri tersebut dan berasa marah terhadap hal yang berlaku baru-baru ini. Tetapi beliau berharap rakyat Johor dapat memafkan, dan mengambil pendekatan
berdiam diri dari membuka aib orang lain. >> “Saya faham perasaan anda semua, kami semua sayang negeri kita >> dan kami semua tahu negeri Johor memang hebat. >>
>> Tetapi nasihat saya lantaklah orang nak cakap apa-apa pun, >> ampunkan sahaja dan janganlah nak api-apikan. InsyaAllah kami akan >> dapat lebih pahala berdiam diri
pada membuka aib orang lain” >> Ujar Tunku Abdul Rahman”- tulisnya di IG Stories BERI AMARAN JANGAN TAG POST TIDAK BERFAEDAH Dalam masa yang sama Tunku Panglima Johor ini juga memberi
amaran kepada netizen agar tidak sewenang-wenangnya, men-tag akaun Instagram beliau dalam posting yang tidak berfaedah seperti isu viral ini kerana merugikan bateri telefon beliau saja.
> “Tolong jangan tag saya lagi dengan post-post macam ni, pasal tak > ada faedah langsung dalam hidup kami dan merugikan bateri telefon > saya saja membaca benda bukan-bukan.
Assalamualaikum – TPJ” > Kongsi Tunku Abdul Rahman Betul kata TPJ ni lebih baik diam dari buka aib orang, lagi banyak pahala dapat kan? What’s your Reaction? > _Jangan lupa langgani
saluran INSTAGRAM, FACEBOOK dan TELEGRAM > Murai.MY untuk berita hiburan terkini. _