Mercedes-benz services miliki portfolio pembiayaan rm2. 7b
- Select a language for the TTS:
- Indonesian Female
- Indonesian Male
- Language selected: (auto detect) - ID
Play all audios:

KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (MBSM) merekodkan portfolio pembiayaan kenderaan mencecah RM2.7 bilion setakat tahun lalu. Pengarah Urusannya, Mike J Ponnaz, berkata
selepas MBSM beroperasi sejak enam tahun, Malaysia disifatkan sebagai pasaran baharu berdaya saing di rantau ini. Katanya, sebagai anak syarikat Daimler AG yang belum memasuki usia sedekad
di Malaysia, pencapaian pembiayaan 50 peratus daripada keseluruhan jualan kenderaan syarikat sekutu, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menerusi jenamanya Mercedes-Benz Financial adalah cukup
kukuh. “Pencapaian portfolio mencecah RM2.7 bilion setakat tahun lalu juga menjadikan MBSM sebagai penyedia pembiayaan dan insurans bagi semua kenderaan Mercedes-Benz dan trak Fuso nombor
satu di Malaysia,” katanya ketika ditemui BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ponnaz berkata, MBSM beroperasi di Malaysia pada November 2012 dan berkembang dengan mampan yang mana secara
purata ia kini membiayai lima daripada 10 kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia dan menyediakan insurans kepada enam daripada 10 kereta penumpang jenama terbabit. “Jumlah portfolio kami
setakat tahun lalu adalah sekitar 590 juta euro. Kami masih baharu dan kecil tetapi tumbuh begitu pantas. Pasaran Thailand yang sudah beroperasi sejak 1996 mengumpul 1.2 bilion euro dan
pasaran Jepun serta Korea Selatan yang sudah lama beroperasi pula mencecah 3 bilion euro. “Apa yang dilakukan MBSM untuk kekal mencatat pertumbuhan adalah berpaksikan pelanggan dan produk
yang inovatif,” katanya. Ponnaz berkata, syarikat memiliki sasaran untuk mencapai kadar penembusan 100 peratus pada masa depan, namun buat masa ini, pertumbuhan secara organik tetapi kukuh
memadai, apatah lagi kehadiran MBSM di Malaysia meningkatkan pilihan pembiayaan kepada pelanggan kereta premium itu. “Jika anda tanya sasaran 100 peratus pembiayaan. Sudah pasti ada. Namun,
biarlah kami terus mencatat pertumbuhan saban tahun. Malaysia adalah pasaran terbuka untuk automotif. Kita mahu melihat cabaran kerana ia bagus untuk kami berinovatif dalam menyediakan
perkhidmatan dan barisan produk,” katanya. Beliau menjelaskan, pertumbuhan yang dicatatkan MBSM berkait rapat dengan jualan kenderaan oleh MBM yang mana sejak empat tahun lalu, pendaftaran
kenderaan Mercedes-Benz mencatatkan rekod baharu tahu lalu iaitu 13,079 unit, berbanding 9,416 unit pada 2014. “Jika MBM mencatat pertumbuhan jualan yang kukuh, MBSM turut akan meraih
manfaat. Untuk kekal mencatat pertumbuhan dan menjadi peneraju pasaran, kami perlu mengutamakan pelanggan dengan sentiasa peka dengan perubahan citarasa, keperluan dan tingkah laku
pelanggan,” katanya. Ponnaz berkata, pembiayaan yang disalurkan MBSM lebih fleksibel berbanding institusi perbankan, namun ia masih terikat dengan keperluan Bank Negara Malaysia (BNM)
termasuk Akta Sewa Beli. “Kelebihan kami adalah produk yang dibangun dan diolah untuk memenuhi kehendak pelanggan,” katanya. Ketika ini, MBSM memiliki beberapa produk pembiayaan utama iaitu
AgilityFinancing, FinanceCare dan Lease@Ease.