Eksport mi segera korea selatan melonjak 28 peratus semasa pandemik

Eksport mi segera korea selatan melonjak 28 peratus semasa pandemik

Play all audios:


SEOUL: Eksport mi segera Korea Selatan melonjak lebih 28 peratus dalam 11 bulan pertama tahun ini di tengah-tengah pandemik COVID-19, menurut data pada Isnin. Penghantaran mi segera ke luar


negara, atau "ramyeon" dalam bahasa Korea, mencecah AS$549.72 juta pada Januari-November, meningkat 28.4 peratus dari tahun sebelumnya, menurut data Perkhidmatan Kastam Korea dan


pemain industri. Ia jauh melebihi jumlah eksport tahun lalu sebanyak AS$467 juta, lapor Agensi Berita Yonhap. Lonjakan itu disebabkan populariti global mi segera buatan Korea sebagai makanan


darurat ketika semua orang berada di rumah berikutan kawalan pergerakan COVID-19. Turut menyumbang ialah penghantaran ke luar negara Chapaguri dalam jumlah yang besar, iaitu sejenis


hidangan mi dari filem "Parasite" yang memenangi Oscar dan campuran Chapaghetti, mi kacang hitam segera, dan Neoguri, mi udon Korea yang pedas. China adalah pasaran luar negara


terbesar dalam tempoh 11 bulan, dengan eksport mencapai AS$138.56 juta, atau 25.2 peratus daripada jumlah keseluruhan. Diikuti Amerika Syarikat AS$72.84 juta, Jepun AS$44.98 juta, Thailand


AS$24.66 juta dan Filipina AS$22.37 juta. Eksport mi segera Korea Selatan meningkat kepada AS$470 juta tahun lalu, meningkat daripada AS$410 juta pada 2018 dan AS$380 juta pada 2017. Jika


prestasi sepanjang 11 bulan itu sebagai petunjuk, penghantaran ramyeon ke luar negara dijangka melonjak ke rekod baharu dan melebihi nilai AS$600 juta, kata pemerhati industri. Berdasarkan


mi segera yang dikeluarkan dan dijual oleh syarikat makanan Korea Selatan di luar negara, penggunaan global ramyeon jauh lebih tinggi daripada jumlah eksport, tambah mereka. – BERNAMA