Aim peruntuk dana rm30j bantu kaum india berniaga

Aim peruntuk dana rm30j bantu kaum india berniaga

Play all audios:


KUALA KANGSAR: Kerajaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudah memperuntukkan RM30 juta sebagai dana kepada usahawan kaum India bagi memulakan perniagaan dalam industri kecil dan


sederhana (IKS) sejak September tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED), Datuk Dr AT Kumararajah, berkata jumlah itu termasuk


peruntukan RM103.5 juta bagi membantu 8,957 usahawan wanita kaum itu dalam perniagaan berskala kecil sejak tahun 1999. "Jumlah itu belum termasuk 27,000 usahawan kaum India yang dibantu


sejak awal penubuhan SEED pada Ogos 2012 hingga sekarang yang memperuntukkan lebih RM860 juta bagi membantu mereka memulakan perniagaan berskala besar," katanya. Beliau berkata


demikian kepada pemberita sempena Program 'TEAM ME' - Bengkel Kepimpinan anjuran SEED dan AIM yang dirasmikan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid di sini, hari


ini. Bengkel itu disertai 72 usahawan wanita kaum India dari sekitar Kuala Kangsar, Taiping dan Selama. Kumararajah berkata, AIM banyak membantu kaum itu melalui pelbagai program, manakala


penubuhan SEED bagi menambah sumber dan keperluan kepada program AIM. Sementara itu, Mastura berkata, Program 'TEAM ME' bertujuan memberi latihan kepemimpinan dan motivasi kepada


ketua pusat, timbalan ketua pusat dan pengerusi kumpulan supaya mereka dapat membimbing, membantu serta memimpin pusat perniagaan yang diterajui.