Hiburan dakwah, 4 filem terbaik disajikan oleh tv alhijrah sempena syawal 1441h

Hiburan dakwah, 4 filem terbaik disajikan oleh tv alhijrah sempena syawal 1441h

Play all audios:


Tahun ini TV AlHijrah tampil berbeza pada bulan Syawal ini dengan memperbanyakkan rancangan-rancangan hiburan dakwah bersesuaian dengan tema sambutan Syawal Menyatu Hati. Empat buah filem


terbaik akan ditayangkan bermula esok iaitu filem tempatan tayangan perdana berjudul Geran dan tiga filem Indonesia iaitu filem Malaikat Kecil, filem Iqro My Universe dan filem Kalam Kalam


Langit sudah semestinya bersifat mendidik, menghibur, menyatupadukan ummah dan mempunyai nilai-nilai murni universal sebagai tauladan. FILEM GERAN – 29 MEI 2020 * 9 MALAM * PELAKON: NAMRON,


FAIZAL HUSSEIN, AERIL ZAFRIL, KHOHARULLAH MAJID, FEIYNA TAJUDIN, FAD ANUAR, AZLAN KOMENG, TAIYUDDIN BAKAR, FATIMAH ABU BAKAR Filem Geran berkisar sekitar kehidupan dua sahabat baik iaitu Pak


Nayan dan Haji Daud yang juga merupakan rakan seperguruan di dalam dunia persilatan. Namun, hubungan akrab milik mereka berdua akhirnya goyah dek satu peristiwa yang tidak disangka-sangka.


Bermula detik tersebut, mereka saling bermusuhan dan menyimpan dendam. Pada masa yang sama, dua anak Pak Nayan iaitu Ali dan Fatimah berasa marah dengan adik mereka iaitu Mat Arip kerana


mengeruhkan lagi keadaan dengan mencagarkan geran tanah pusaka milik bapa mereka kepada Haji Daud. Sebagai bapa, Pak Nayan tetap yakin ada jalan penyelesaian untuk mengubah sikap Mat Arip


serta mendapatkan semula geran pusaka tersebut. Namun, konco-konco Haji Daud mula bertindak lebih ganas dengan cuba mengugut serta mencederakan mereka. Saksikan kesudahan filem Geran untuk


mengetahui apa yang terjadi kepada keluarga Pak Nayan dan Haji Daud. FILEM MALAIKAT KECIL * 30 MEI 2020 * 9 MALAM * PELAKON: DWI SASONO, TIKA BRAVANI, RACHEL PATRICIA, DHELON FALBERS, COK


SIMBARA, NELLA REGAR, DINA MARIANA, MUDJI MASSAID Budi, seorang autism datang ke Jakarta untuk mengubah kehidupan keluarganya. Sebagai seorang ayah yang amat mengasihi anak-anaknya iaitu


Ratih dan Iyan, Budi telah berjanji untuk membelikan baju baru kepada keduanya andai mereka mampu berpuasa penuh di bulan Ramadan. Budi sanggup berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya demi


mencari rezeki yang halal. Pada suatu hari, Budi mendapat perkabaran bahawa anaknya sedang sakit dan dirawat di hospital. Budi mengambil keputusan untuk pulang menziarahi anak kesayangannya.


Malang menimpa apabila isteri dan anaknya sudah tidak lagi menetap di kediaman mereka. Budi terus mencari keluarganya yang hilang. Dalam kesedihan Budi hanya mampu pasrah dan menyerahkan


segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Usai melaksanakan solat Aidilfitri, Budi dipeluk erat dari belakang. FILEM IQRO MY UNIVERSE * 6 JUN 2020 * 9 MALAM * PELAKON: AISYAH NURRA DATAU, RAIHAN


KHAN, COK SIMBARA, NENO WARISMAN, ADITYA PUTRI Aqila adalah seorang kanak-kanak yang sangat gemar menuntut ilmu tetapi tidak berminat untuk belajar Al-Quran. Aqila mempunyai datuk yang


bekerja sebagai ahli astronomi dan tinggal di Pusat Pemantauan Bintang Boscha. Aqila berhasrat untuk menjadikan seorang ahli astronomi dan menjadikan topik tersebut sebagai salah satu


tugasan di sekolah. Datuknya memberi izin kepada Aqila untuk menggunakan teropong bintang di Boscha untuk menyelesaikan tugasnya, tetapi dengan meletakkan syarat bahawa Aqila perlu pandai


membaca Al-Quran. Aqila bersetuju dan ketika di rumah datuknya Aqila bertemu Ros, anak seorang pembantu rumah. Ros mengajaknya bermain di masjid. Di masjid ini Aqila belajar membaca Al-Quran


dengan kaedah Iqro, yang menyenangkan, berirama dan dilakukan dengan ringan. Pengalaman Aqila mempelajari Al-Quran dan teladan datuknya telah menggerakkan mata hatinya, mengenai kebesaran


Allah SWT yang menciptakan alam semesta. FILEM KALAM KALAM LANGIT * 13 JUN 2020 * 9 MALAM * PELAKON: DIMAS SETO, ELYZIA MULACHELA, MERIZA FEBRIANI, MATHIAS MUCHUS Kalam Kalam Langit adalah


kisah seorang pemuda bernama Ja’far yang sedari kecil mendapat didikan agama yang cukup baik dari kedua orang tuanya. Kebijaksanaan Ja’far melayakkan dia untuk melanjutkan pegajian di sebuah


sekolah pondok terbaik di Indonesia. Tempat pengajian Ja’far kerap mengadakan pertandingan Tilawah Al-Quran. Ja’far bercita-cita untuk menjadi juara Majlis Tilawah Al-Quran tersebut. Namun,


keinginannya itu ditentang oleh ayahnya yang selalu mengingatkan agar tidak memperjual belikan kalam kalam Illahi hanya kerana populariti dan hadiah semata mata. Perbalahan dua beranak itu


berterusan hingga ayah Ja’far jatuh sakit dan meninggal dunia. Sedih dan membawa hati yang luka, Ja’far pulang ke kampung ibunya di Lombok. Takdir menyaksikan Ja’far dipilih mewakili Lombok


dalam pertandingan Tilawah Al-Quran namun dia berterusan diuji. What’s your Reaction? > _Jangan lupa langgani saluran INSTAGRAM, FACEBOOK dan TELEGRAM > Murai.MY untuk berita hiburan 


terkini. _