Wanita warga emas maut dihempap rak besi
Play all audios:

KULIM: Seorang wanita warga emas maut selepas dihempap rak besi di sebuah bengkel kereta di Taman Desa Impian, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa dikenali
sebagai Cheng Lean, 82, beralamat di Jalan Datuk Dr Awang, Bagan Ajam, Pulau Pinang, maut akibat parah pada badan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 11.26 pagi. “Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat
seorang wanita warga emas, dihempap rak besi kosong setinggi 1.5 meter di tepi sebuah bengkel. “Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, anggota operasi bertindak mengangkat rak berkenaan bagi mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan
kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.