Penerbangan ihsan hantar jururawat patah tangan ke hospital
Play all audios:

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan menghantar seorang jururawat yang patah tangan kiri ke Hospital Gua Musang (HGM), semalam.
Suhaiza Mohd Noor, 35, dipercayai terjatuh ketika menjalankan tugas merawat pesakit Orang Asli di Kampung Tendrik, Pos Bihai, dekat sini. Pegawai Perhubungan Awam, Unit Udara JBPM Pangkalan
Subang, Mohd Farhan Marzuki, berkata helikopter krew AW139 berpangkalan di Bertam, Pulau Pinang, mendarat di Kampung Tendrik pada jam 10.15 pagi. Katanya, penerbangan ihsan itu diketuai
Juruterbang Penguasa Bomba, Mohamad Muizz Md Pisar dibantu Penolong Juruterbang, Penguasa Kanan Bomba I, Faizal Izani Azizan. “Pesawat yang membawa jururawat itu dengan ditemani rakan
setugasnya, Noraini Abdul Hamid, 31, kemudian mendarat di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada jam 10.45 pagi, sebelum jururawat dibawa ke HGM dengan ambulans,” katanya di
sini Mohd Farhan berkata, pihaknya melakukan penerbangan ihsan itu selepas menerima maklumat kejadian itu daripada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gombak pada jam 9.30 malam
kelmarin, yang memaklumkan keperluan untuk menghantar mangsa ke hospital. Katanya, pihaknya dimaklumkan ketika kejadian jururawat berkenaan berjalan kaki di kawasan licin selepas tayar
hadapan kenderaan pacuan empat roda dinaiki tercabut tayarnya. Tamat